• UK - UK
  • 22:13 24 Nob 2009
  • |    BSB
  • 06:13 25 Nob 2009

Bagaimana memohon?

TIGA LANGKAH MUDAH UNTUK MEMOHON VISA:

Tiga langkah mudah untuk memohon visa UK secara online:

1. Layari Visa4UK, baca dengan teliti maklumat mengenai jenis permohonan visa yang awda pohonkan.
2. Isikan, simpan, cetak dan serahkan permohonan secara online di Visa4UK dengan mengikuti prompto pada skrin awda. Sesudah selesai dengan proses ini, sistem akan memerlukan untuk awda membuat perjanjian persendirian bagi menyerahkan permohonan awda, biometrik dan dokumen yang menyokong permohonan awda ke Bahagian Visa.
3. Sila datang ke Bahagian Visa di waktu perjanjian awda (jika awda lambat, kami tidak dapat menjamin untuk dapat berjumpa dengan awda), dengan membawa:
• Cetakan borang permohonan online awada yang lengkap dan ditandatangani;
• Cetakan pengesahan perjanjian awda;
• Paspot awda;
Bayaran visa yang tepat menurut kategori;
• Gambar berukuran paspot yang berlatarbelakangkan warna putih berukuran 45mm X 35mm); dan
• Dokumen sokongan awda – yang asal dan satu set salinan yang lengkap.

Nota penting:

Sila baca maklumat yang ada dalam laman web ini secara teliti untuk mempastikan yang awda membawa dokumen-dokumen sokongan yang betul. Awda hendaklah membawa dokumen asal dan salinan-salinan untuk rujukan kami. Permohonan awda akan ditolak jika dokumen sokongan awda tidak lengkap.

Sebagai sebahagian dari proses biometrik visa, semua pemohon visa hendaklah memberikan cap jari mereka sendiri di pejabat kami semasa mereka membuat permohonan. Hanya kanak-kanak dibawah umor lima tahun dikecualikan.

Awda perlu datang ke pejabat kami 15 minit dari waktu perjanjian awda dan tidak boleh lewat dari 15 minit. Jika awda datang lewat, kemungkinan perjanjian awda akan dibatalkan dan awda terpaksa membuat perjanjian baru. Pemohon yang tidak membuat perjanjian tidak akan dibenarkan masuk ke Bahagian Visa.

Disebabkan oleh pembatasan sekuriti dan ruang, hanya pemohon visa sahaja dibenarkan masuk ke Bahagian Visa, kecuali jika mereka berumor di bawah 18 tahun, maka mereka boleh ditemani oleh seorang ahli keluarga atau teman mereka.

Tidak ada bagasi, beg besar, telefon bimbit, kamera, atau komputer riba dibenarkan masuk ke dalam pejabat kami. Barangan ini hendaklah disimpan di dalam almari yang disediakan di luar pejabat kami sebelum awda masuk. Beg tangan dan briefcase boleh dibawa masuk tetapi awda hendaklah bersedia dengan pemeriksaan barangan seperti ini sebelum awda dibenarkan masuk.




Hubungi kami:

Bahagian Visa
Unit 2.01, Tingkat Dua,
Blok D
Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Pretty
Bandar Seri Begawan BS8711
Brunei Darussalam

Tel: +673 222 6001 atau +673 222 2231
Faks: +673 223 4315
E-mel: Bahagian Visa

Sewaktu dalam kecemasan diluar waktu pejabat, sila hubungi Pegawai Bertugas di talian: +673 8 777 818.

Waktu pejabat bagi Bahagian Visa:

Perjanjian untuk memproses permohonan dibuat secara online.

Isnin hingga Khamis:
14:00 hingga 15:15 hrs - untuk pertanyaan dan pengambilan visa dan dokumen

Jumaat:
11:00 hingga 12:00 hrs - untuk pengambilan visa dan dokumen sahaja

Hari Cuti Pejabat 2008

Hari Cuti Awam Brunei Darussalam 2008

Lihat juga

Pautan berguna

UK Border Agency

Visa4UK

Kembali ke atas