• UK - UK
  • 22:22 24 Nob 2009
  • |    BSB
  • 06:22 25 Nob 2009

Visa

VISA UNTUK KE UK  

Maklumat mengenai jenis permohonan visa popular yang kami selalu terima di Bandar Seri Begawan semuanya ada dalam laman web ini; kami berharap ianya informatif.

Untuk jenis permohonan yang tidak terkandung di sini dan/atau maklumatnya kurang, sila layari UK Border Agency (dalam bahasa English).

Rakyat Brunei tidak perlu memohon visa jika mereka bercadang untuk tinggal di UK tidak melebihi enam bulan. Rakyat Brunei yang hendak mengambil cuti pendek di UK juga tidak memerlukan visa.

Jika awda masih ragu-ragu, sila layari laman web UK Border Agency dan soalan-soalan lazim. Jika awda masih juga ragu-ragu, sila hubungi kami.

Kami tidak lagi menerima permohonan visa melalui kertas. Semua permohonan visa hendaklah dibuat secara online melalui Visa4UK.

Waktu memproses bagi kategori visa yang berlainan adalah tidak sama. Kami berharap dapat memproses visa lawatan dalam masa 24 jam. Permohonan bermastautin diproses antara 8 hingga 12 minggu tertakluk kepada waktu untuk mensahkan permohonan itu selesai.

Permohonan lain, termasuk pelajar, diproses dengan secepat yang mungkin; dan biasanya dalam masa 24 jam menurut budibicara Pegawai Kemasukan, ECO. Bagaimanapun, permohonan akan tertangguh bagi dokumen tambahan; bagi pertanyaan lanjut atau pun untuk ditemubual. Kami dengan ini mensyorkan agar tiket penerbangan tidak dibeli dahulu sehingga awda sudah mendapatkan visa bagi menggelakkan kekesalan.

PERMULAAN CEPAT – PROSES PERMOHONAN VISA

Tiga langkah mudah untuk memohon visa UK secara online:

1. Layari Visa4UK, baca dengan teliti maklumat mengenai jenis permohonan visa yang awda pohonkan.
2. Isikan, simpan, cetak dan serahkan permohonan secara online di Visa4UK dengan mengikuti prompto pada skrin awda. Sesudah selesai dengan proses ini, sistem akan memerlukan untuk awda membuat perjanjian persendirian bagi menyerahkan permohonan awda, biomterik dan dokumen yang menyokong permohonan awda ke Bagahian Visa.
3. Sila datang ke Bahagian Visa di waktu perjanjian awda (jika awda lambat, kami tidak dapat menjamin untuk dapat berjumpa dengan awda), dengan membawa:

• Cetakan borang permohonan online awada yang lengkap dan ditandatangani;
• Cetakan pengesahan perjanjian awda;
• Paspot awda;
Bayaran visa yang tepat menurut kategori;
• Gambar berukuran paspot yang berlatarbelakangkan warna putih berukuran 45mm X 35mm); dan
• Dokumen sokongan awda – yang asal dan satu set salinan yang lengkap.

Semua pemohon, walau apa pun kerakyatan mereka, hendaklah datang sendiri ke pejabat kami untuk memberikan imbasan kesan jari dan gambar digital (gambar diambil oleh kami) untuk menyudahkan proses permohonan awda. Hanya kanak-kanak berumor dibawah lima tahun dan beberapa kategori terhad dikecualikan dari diambil maklumat biometrik mereka.

Bayaran permohonan visa ditentukan oleh Parlimen UK dan ditukar dari Pound Sterling ke Ringgit Brunei. Fluktuasi kadar pertukaran bererti terdapatnya pertukaran semasa bagi bayaran visa. Sila periksa kadar bayaran visa masa kini sebelum berjumpa ke Bahagian Visa.

Bagaimana memohon?

Bayaran visa

Soalan-soalan lazim

Hubungi kami




Hubungi kami:

Bahagian Visa
Unit 2.01, Tingkat Dua,
Blok D
Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Pretty
Bandar Seri Begawan BS8711
Brunei Darussalam

Tel: +673 222 6001 atau +673 222 2231
Faks: +673 223 4315
E-mel: Bahagian Visa

Sewaktu dalam kecemasan diluar waktu pejabat, sila hubungi Pegawai Bertugas di talian: +673 8 777 818.

Waktu pejabat bagi Bahagian Visa:

Perjanjian untuk memproses permohonan dibuat secara online.

Isnin hingga Khamis:
14:00 hingga 15:15 hrs - untuk pertanyaan dan pengambilan visa dan dokumen

Jumaat:
11:00 hingga 12:00 hrs - untuk pengambilan visa dan dokumen sahaja

Hari Cuti Pejabat 2008

Hari Cuti Awam Brunei Darussalam 2008

Lihat juga

Pautan berguna

UK Border Agency

Visa4UK

Kembali ke atas