• UK - UK
  • 22:18 24 Nob 2009
  • |    BSB
  • 06:18 25 Nob 2009

Hubungan duahala diantara United Kingdom dan Brunei Darussalam semakin kukuh (11/06/2008)

Kami sentiasa mencari cabaran-cabaran dan cara baru untuk mengukuhkan lagi hubungan duahala yang istemewa ini.

Lokasi The Empire Hotel & Country Club, Jerudong

Pembaca Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam, Tuan John Saville

Kejadian Sambutan Ulangtahun Baginda Queen yang ke-82

Tarikh 11/06/2008

Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr Ustaz Haji  Mohd Zain bin Hj Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran-Pengiran; Pehin-Pehin; Dato-Dato; Datin-Datin; Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Terutama; Tuan-Tuan dan Puan-Puan.

Selamat datang saya ucapkan ke sambutan hari kebangssan United Kingdom bagi 2008: Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda Queen yang ke-82. Seperti tahun lepas, kami mengadakan acara ini dalam bulan Jun dimana acara tradisi ‘Trooping the Colour’ diadakan bagi menyambut Hari Keputeraan Baginda Queen yang rasmi. Tetapi kami mengubah sedikit format sambutan dengan mengadakan jamuan teh petang. Saya harap awda semua bersetuju, kehadiran awda menunjukkan awda bersetuju dengan format ini.

Yang Berhormat Pehin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Ucapan Hari Kebangsaan biasanya pendek dan menarik. Tetapi izinkan saya berucap kerana awda adalah audiens yang mencabar. Awda semua adalah sahabat kami, teman sekerja dan hubungan kami. Sebahagian besar dari awda memang rapat dalam pekerjaan harian kami dan awda semua lebih tahu bahawa hubungan Brunei Darussalam dan UK amat bagus kerana awda semua yang membantu kami.

Saya juga ingin membuat pengumuman di sini bahawa hadiah cenderamata bagi acara petang ini kami gantikan dengan menyumbangkan dana sebanyak $3,000 kepada Projek Pokok Sejuta bagi Sekolah Antarabangsa Brunei. Saya yakin awda semua bersetuju dengan idea ini.

Mesej ringkas yang ingin saya sampaikan petang ini ialah kita sentiasa mencari cabaran dan cara baru untuk mengukuhkan lagi hubungan duahala yang istemewa ini. Izinkan saya memberi beberapa contoh:

Pendidikan memang pusat tumpuan kami; kami gembira dengan terdapatnya 40% tambahan ilmuan yang pergi ke United Kingdom untuk belajar di musim panas yang lalu berbanding dengan tahun sebelumnya. Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada rakansekerja saya di Bahagian Visa dan juga di beberapa buah Kementerian Kerajaan Brunei yang banyak membantu dalam memudahkan lagi pelajar-pelajar menguruskan proses pemergian mereka ke UK dan telah banyak membantu meningkatkan mutu perkhidmatan kami pada tahun ini. Jika saya diizinkan untuk membuat sedikit komersial di sini, saya ingin menyeru kepada sesiapa saja yang berada di sini yang mempunyai ahli keluarga mereka yang bercadang untuk belajar di UK pada musim gugur ini supaya mengingatkan mereka dengan proses visa mereka.

Kami juga berasa bangga dalam menyumbangkan ke dalam bidang pendidikan dimana kami kira telah dapat merapatkan lagi dialog antara budaya dan tamadun dengan membawa seorang iluminator manuskrip dari Prince of Wales’ School for Traditional Arts di London. Unaiza Karim, seorang Muslim British, menawan hati semua orang dengan kerja daun emas kaligrafinya yang halus yang berasaskan tradisi Otaman dan beliau sendiri berkesempatan berjumpa secara peribadi dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan di stan kami di Majlis Limu 2007.

Satu lagi bidang yang setia ialah pertahanan. Sekali lagi, kami bekerja sama disepanjang tahun lalu dengan rakan-rakan dari Brunei untuk memperbaharui dan mengemaskinikan lagi perjanjian-perjanjian dan persefahaman yang sedang menjurus kepada progres yang bagus. Saya rasa, kedua-dua belah pihak bersetuju bahawa hubungan masa kini akan dapat meloncat kepada hubungan yang lebih rapat dan kukuh. Jadinya, waktu yang mencabar untuk semua.

Saya ingin mengalu-alukan Pehin dimana pada tahun lepas, salah seorang penerima Biasiswa Chevening yang berprestij kami dimenangi oleh salah seorang dari kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Hubungan kami dengan kementerian Pehin hari ini semakin rapat. Dan dengan rasa muhibbah dan ramah mesra, ditambah dengan rasa hormat dengan perbedaan antara kita berdua yang meliputi hubungan duahala kita; ini membuatkan tugasan saya terasa samat berharga.

Di sekeliling Balai ini, awda menyaksikan seleksi gambar-gambar yang kami pamerkan. Gambar-gambar ini diambil oleh Peter Sanders, seorang muallaf British, yang menunjukkan sebahagian besar kehidupan penduduk Muslim di Britain.

Sebagai kesimpulan, saya lihat hubungan UK/ Brunei adalah gabungan hubungan persahabatan yang kukuh dimana masih terdapat peluang untuk mencari cara inovatif dalam mengharungi cabaran bersama. Saya fikir ini bermaksud gabungan yang berjaya.

Semua ini tertakluk kepada usahapadu kakitangan saya; isteri saya dan saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka diatas sumbangan dan kerja keras mereka. Dan kepada awda semua yang banyak membantu menghulurkan bantuan dan keikhlasan kami memang hargainya.

Sekali lagi, saya ingin mengucapan ribuan terima kasih kepada Pehin atas kehadiran Pehin petang ini dan selamat datang sekali lagi kepada awda semua.

Back to newsroom




Tip carian

Kembali ke atas

Kembali ke atas